Having a friend is normal. Having a best friend but you consider as your big sister who always got your back is the thing that I call ORDINARY and awesome and she is my life.
So, she had a problem but I just couldn't help her. yeah, I feel very very very guilty about it. I talk to her mom. Asking how she is doing. I'm afraid she is not doing very well. She can't call me because her dad would kill her if he knows she told me everything. So, she had to hide her phone so that her dad wouldn't know. She once asked her mom to divorce with her dad. But she said , '' sorry .... . mommy tak leyh nak buat ape2. dengan perngai daddy ginim. Mommy sie ugop ko .... nge adek2 tu. Tapi klu daddy toksey wi mommy divorce nge dio gak, mmey mommy tak leyh wak gpo lah. ingat key aritu dio wak gpo kito. ''
We all had a blast on HARI RAYA , right? but she didn't . She doesn't have BAJU RAYA. She bought it the last day of puasa. She didn't wear BAJU RAYA that was expensive as ours.
Before all of this happen, we hang out EVERYDAY at her house. And now , I don't even know where she lives!
JUST WANT TO TELL YOU THIS, my friend. I LOVE YOU NO MATTER WHAT AND WILL ALWAYS PRAY AND HOPE FOR THE BEST FOR YOU. WISH I COULD MEET YOU AND SEE THAT SMILE ON YOUR FACE AGAIN. I LOVE YOU!
Friday, 31 August 2012
Monday, 27 August 2012
Kelebihan membaca Surah Al baqarah
Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:
1. Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan
Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,
sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.
Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah
Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;
- Surah Al baqarah ayat 1-5
- Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
- Surah Al Baqarah ayat 284-286
Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.
Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.
2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah
Ini merupakan salah satu fadhilat dan kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :
“ Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.
Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :
“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”
“Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya.
Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.
3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:
“ Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. “
4. Mengelak dari terkena sihir
Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.
Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.
Membaca dan mendengar bacaan Surah Al baqarah dengan terjemahan adalah salah satu dari Majlis zikir
Saturday, 11 August 2012
PERBEZAAN QUNUT NAZILAH DAN QUNUT BIASA
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
DOA QUNUT NAZILAH?

Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
QUNUT YANG BIASA DIAMALKAN
nak kongsi dgn korang Doa Qunut ni…so.. mudah-mudahan dapat la pahala lebih bila ada qunut semasa solat subuh…

Maksudnya:-
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Bacaan Dalam Rumi Dan Maksudnya

0_0 adab menuntut ilmu
Bagi seorang pelajar atau murid haruslah menepati beberapa syarat untuk menuntut ilmu agar ilmu yang dicari akan memberi manfaat kepadanya di dunia mahupun di akhirat. Di antara adab-adab yang perlu dimiliki oleh seorang penuntut ialah seperti berikut:
- Niat yang ikhlas kepada Allah swt . Yakni mencari ilmu kerana ia merupakan satu kefardhuan daripada Allah. Mencari ilmu bukan bertujuan untuk mendapat habuan dunia semata-mata atau untuk berdebat dengan orang jahil. Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan selain daripada kerana Allah swt maka telah siap untuknya neraka Allah swt.
- Tekun dan bertawakkal hanya kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah swt sangat suka kepada orang yang
melakukan sesuatu pekerjaan lalu ia tekun mengerjakannya. kita hendaklah bertawakkal hanya kepada Allah swt. sahaja dalam segenap hal, lebih-lebih lagi dalam masalah menuntut ilmu . Ini kerana kita sebagai hamba hanya mampu berusaha tetapi Allahlah yang menentukan segalanya.
- Menjauhi segala maksiat. Maksiat adalah satu punca daripada punca-punca seseorang pelajar itu susah untuk menerima, memahami dan mengamalkan sesuatu ilmu. Seorang pelajar perlulah berusaha semampu yang boleh untuk mengelakkan dirinya daripada sebarang maksiat. Sekiranya ia melakukan maksiat secara tidak sedar maka segeralah bertaubat kepada Allah swt. Orang yang sempurna bukan orang yang tidak pernah melakukan maksiat tetapi orang yang sempurna ialah orang yang apabila ia melakukan maksiat ia terus bertaubat kepada Allah swt dengan segera.
- Memilih kawan yang soleh. Kawan memainkan peranan penting bagi orang yang hendak menuntut ilmu. Kita akan senang terpengaruh dengan akhlak kawan, sekiranya kita memilih kawan yang soleh mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang soleh juga.
- Banyakkan zikir atau mengingati Allah swt. Kita tidak akan melakukan sesuatu maksiat di saat kita mengingati Allah swt. Zikir juga akan memberi ketenangan kepada jiwa kita. Apabila jiwa kita tenang maka segalah masalah akan dapat diselesaikan dengan baik.
- Menghormati diri sendiri dan orang lain. Ramai orang yang boleh menghormati orang lain tetapi tidak ramai orang yang mampu menghormati diri sendiri seperti tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan badan,roh dan akal.
- Doa daripada ibubapa. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang pelajar. Doa yang tidak akan ditolak oleh Allah swt ada tiga golongan iaitu doa orang yang dizalimi,doa ibubapa dan doa orang musafir.
- Menghormati guru. Seorang pelajar wajib menghormati gurunya untuk mendapat keberkatan dalam hidupnya. Gurulah yang berkorban untuk menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan sehingga dapat memasuki menara gading dan mendapatkan pekerjaan yang baik.
- Beramal dengan ilmu yang dipelajari. Allah amat murka kepada mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon yang tidak berbuah.
Subscribe to:
Comments (Atom)